MINAT, SUKA, CINTA, SAYANG dan RINDU..
Bermacam2 istilah manusia guna pakai sekarang. Antara kalimah yang di atas, ia membawa seribu makna yang tak habis diucap dengan kata2 dan bicara. Semuanya datang dari hasil yang sama iaitu HATI.
Orang yang selalu ikutkan perasaan dia akan hilang pertimbangan. Begitu juga orang yang tidak dapat mengawal perasaan akan berlaku yang luar dari kotak akal kewarasan. Hampir yang menjadi kepelikan adalah orang yang selalu angau tak tentu pasal makin bermasalah dengan segala tindakan.
Manusia mula mengenal tahap semua jenis perasaan ini mengikut tingkat kehidupan. Yang matang akan mendahului psikologi pendidikan yang berteraskan pemahaman erti rasa yang mendalam.
Bermulanya kemunculan MINAT, yang selalu dan tradisi berlaku seawal zaman kanak2 lagi. Mungkin keadaan waktu itu keliru dengan satu rasa yang tiba2 hadir disebabkan kagum yang melampau. Haha..budak2..selalu berfikiran short cut sahaja..
Kemudian SUKA datang menjengah. Baginya dia sudah membesar kerana kebolehan rasa dalam dirinya melangkaui aras sebelumnya sekaligus sudah berkemampuan mencipta rasa yang lebih serius. Sekali lagi penipuan mula tercipta..
CINTA membuka satu hamparan pelangi bak mimpi indah yang tidak terperi cantiknya. Bukan main gembira bila rasa dibalas dengan rasa. Kian melambung naik ke langit mencapai bintang2 nan bersinar memukau mata. Siang malam dihabiskan dengan segala macam perkara yang berkaitan hanya tentang si Dia. Inilah penangan sebuah jiwa..
SAYANG pula merakit sebuah arus gelora yang berkocak hebat dirasa. Hasil cantuman Cinta yang dibina, rasa itu semakin kuat menusuk santapan selera. Di tinggal merana, di lepas sengsara. Segala janji dan ikrar diucap selesa..
RINDU melagukan kata2 pujangga. Susunan bait di jiwa menukilkan resah yang tidak terhingga. Namun yang terpana akan melayan rasa yang kian beraja. Yang halal akan datang bahagia, adapun yang sebaliknya kena paham2 lah sentiasa. Inilah ciptaan rasa manusia..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan aku..meneliti dan memahami semua pengertian dan maksud tersembunyi..walaupun ianya lahir dari batin yang sepi tapi sudah memadai bagi manusia huru hara dalam kehidupan sendiri. Sebagaimana yang aku kata, perjalanan dari sumber yang halal akan datang bahagia manakala sumber laluannya adalah dari yang haram atau makruh, bakal mengundang sengketa.
Sering terfikir dan bermuhasabah, sedang Nabi Muhammad sendiri tidak pernah memuja seorang perempuan melainkan selepas akad yang sah, ini lagikan kita sebagai ummat. Bukankah contoh yang sejati datang dari Rasul yang Ulul 'azmi??
Sebaik2 rasa juga adalah sandarannya pada Yang Esa kerana sifat Rahman dan RahimNya lah kita dapat mengenal erti segala rasa di jiwa. Rujukan dan panduan selalu akhirnya dikembalikan pada Yang Haq dikesempatan yang harus untuk membuat pemilihan. Begitukah sifat yang selayaknya bagi ummat pilihan??
Allah Ta'ala berfirman : "Ini merupakan kurnia Rabb ku untuk menguji ku, apakah aku bersyukur atau justeru mengingkari (nikmat2 Nya) Baarangsiapa bersyukur, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa ingkar, maka sesungguhnya Rabb ku Maha Kaya lagi Maha Mulia"
(an-Naml : 40)
Inilah yang terluah semuanya. Tuhan sebaik2 sandaran. Yang tahu tidak semestinya sedar dan yang sedar semestinya dia tahu. Begitu juga dengan rezki manusia. Andai yang dikehendaki dapat di tangan sendiri, ucapan alhamdulillah mestilah tersemat di bibir murni. Kerana firman Allah yang bermaksud :
"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagi mu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi mu. Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah : 216)
Belajar untuk menerima kekurangan dan takdir diri kerana segala sesuatu telah disusun atur dari Sang Kekasih Hati. Ingatlah, mulianya seseorang hamba dari amalannya, andai ianya tersalah cipta, bersegeralah engkau bertaubat kepadaNya kerana Dialah yang selalu ada untuk setiap makhluknya..
Bukan rasa itu yang berdosa, yang menjadi satu dosa kerana syirik khofi (tersembunyi) dek pemujaan selain Allah itulah puncanya. Fitrah manusia tertumpu pada kasih dan cinta, tapi sebaik2 gelora jiwa kita rufu'kan pada Pemilik segala Cinta..Allah..
Doa ku :
Ampunkan segala titik2 rasa di hati ku ya Allah..Hadirkan satu rasa yang ianya akan mengembalikan aku pada cinta Mu selalu..Agar aku dapat menilai Rahman dan Rahim Mu yang bakal menyelamatkan aku pada hari pembalasan nanti ya Allah..
Jangan Kau palingkan aku ya Allah dari sedetik rasa yang bakal mengorbankan cinta ku tertakluk pada redha Mu..Kerana aku menyedari takkan ada tali ihsan selain kasih dan sayang dari Mu yang menjadi pelindung aku selalu..dunia dan akhirat..
Hanya pada Mu ya Allah sebaik2 sandaran..
-Pena Sufi-
No comments:
Post a Comment