Wednesday, December 11, 2013

Untaian Hikmah



Sering kita terbaca kalam mutiara dari junjungan tercinta, Sollallahu 'alihi wasallam ini, dan awal pembukaan lembaran bagi kitab Hadis 40 pun, tetap hadis ini dibicarakan terlebih dahulu.

Bumi berdiri pada paksinya dan yang menentukan putarannya adalah dari Baitullahil Haram yang mulia. Begitu juga momentum utama bagi fungsi badan manusia adalah berpusat kepada 'HATI'. 

Kalau dita'rifkan secara terperinci bermaksud detikan pertama di dalam hati anak Adam yang mana ianya disertai dengan perbuatan, itulah dikatakan 'Niat'. Adapun 'Azam' agak ringan sedikit daripada niat kerana ianya tidak melibatkan perbuatan dan semata-mata hanya pada ketetapan di dalam hati sahaja.

Posisi hati di dalam rongga badan manusia membawa 1001 rahsia yang tersirat dan amat bermakna dalam kehidupan seharian. Dengan ketiadaan hati pula akan mengakibatkan risiko yang tinggi dan menyukarkan manusia untuk kekal hidup di atas muka bumi  ini.

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksunya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Dengan lafaz..BISMILLAHIRRAHMANIRAAHIM..aku memulakan coretan tinta kalam ku di ruangan yang sedia ada. Bukan untuk berbangga dan bukan juga untuk dipuja tapi sebagai nukilan ilmu dan pengalaman berharga di sepanjang titian kehidupan yang telah diizinkan oleh Allah untuk aku berada.

Mohon doa dan sokongan dari semua, andai ada salah dan silap di sepanjang telahan kalam yang tidak bermata, harap ditegur dengan akal dan bicara yang mulia. Kau manusia dan aku juga adalah manusia dan antara kita tidak sering sempurna kerna asal datangnya kita adalah dari titisan yang hina.

Moga terhibur mengalun bacaan dan tatapan pada sisipan cerita. Yang baik dipersilakan untuk amalan dan yang buruk minta diikut jangan. Segala kerjasama dari antum antunna sekalian didahului dengan ucapan, Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum Jami'an. wAllahu ta'ala a'la wa a'lamu bissowab.. 

# Menjunjung Cinta dan KasihNya #

No comments:

Post a Comment