Thursday, September 18, 2014

Harga Sebuah 'MAAF'


" saya minta MAAF "
" saya MAAF kan awak "

Inilah dia dua perkataan yang sukar untuk dilafazkan oleh manusia. Mungkin kerana 'Ego' dan mungkin juga disebabkan maruah, pangkat dan harta dunia..

Tersedar aku pabila ujian yang dihamparkan kepada aku tatkala selesai menyampaikan tazkirah pendek setengah jam slot aku di masjid, Pada dasarnya ianya hanya kuliah biasa tapi penyaksian bagi hati teramatlah dahsyat untuk dihayati setiap ucap lafaz yang tertera di bibir sendiri.

Allah Maha Adil..menyedarkan hambaNya yang selalu rakus mengejar nikmat duniawi yang cukup dirasai hanya di hujung jari. Ternyata CINTA-Nya melebihi semua kehendak hati dan sanubari selaku insan kerdil yang tak punya kudrat dan kekuatan hati.

Mungkin perkataan MAAF itu telah dialun murni dek kecelaruan yang mungkin urusan dia dengan Sang Murabbi. Tapi aku selalu bertanya bagaimanakah hati bisa mengukir kuntuman KEIKHLASAN bagi memadamkan api kemarahan dari sebuah peristiwa yang direka-reka?

Allahu Rabbi..

Riwayat At-Tabrani. Albani : Dhoif.
Sesiapa yang dipohon kemaafaannya (dengan ikhlas), dan ia menolaknya, maka yang menolak tidak akan dapat merasai telaga Nabi Saw di akhirat kelak.

Alhamdulillah..dalam kekusutan rupa-rupanya ada hadiah yang Allah telah sediakan. Aku lega seketika tatkala berhubung dengan seorang SAHABAT.. Di saat aku meminta doa daripadanya untuk kekuatan diri ku di sini, dia dengan bersahaja menjawab
 "aku tak nak doakan"
 Lalu aku bertanya kembali
 "kenapa? sungguh tegar engkau melakukan demikian padaku" sambil hati kian sayu membalas kata-kata spontan seorang teman. Kemudian dia menjawab
"sebab sememangnya engkau kuat wahai kakak ku"
Kemudian aku membalas
"di mana engkau tahu aku di sini kuat sedangkan air mata ku mencurah tidak henti dari tadi?"
Lantas dia membalas
"KERANA ALLAH TIDAK PERNAH TINGGALKAN ENGKAU wahai kakak ku"

Goncangan badan ku semakin kuat menghayati setiap bait jawapan dari sahabat setiaku. Dari ayatnya jelas nyata dia mencemburui kekuatan yang aku ada sedangkan aku sendiri sebelum ini sentiasa mempersoalkan kekuatan aku untuk berjalan di atas laluan dunia yang penuh dengan rintangan dan cubaan.

Seketika itu juga dia memotivasikan aku bahawa "Menangislah semahu mu kerana tangisan seorang hamba bisa membangkitkan kekuatannya dari dalam"
" be yourself and just thinking positive "

Betul.. aku diuji saat ilmu yang ku curahkan untuk amalan semua murid ku yang hadir dan tidak terlepas juga ilmu itu Allah sampaikan terus ke dasar hati si penyampainya.. Sememangnya benarlah! Hikmah yang Allah cuba selitkan teramatlah besar untuk kita fahami dengan hanya menggunakan mata kasar.
" Ada RAHASIA di balik RAHASIA "

Bukan aku ego dan bukan juga kerana pangkat dan harta yang aku risaukan, tapi sebuah ketaatan dan tanggungjawab yang sehingga hari ini aku belum mampu untuk tunaikan. Hanya yang aku harapkan dari IMAN dan KASIH SAYANG yang tidak putus dariNya, moga akan ada sinar BAHAGIA dan TAQWA yang tersemai utuh dari sisiNya menjadi bekal aku untuk menghadapNya di Yaumu Mahsyar nanti.

Doaku juga moga berkat keTAATan yang aku cuba pertaruhkan selama ini dapat membuahkan sebuah keAJAIBan erti sebenar sebuah keBAHAGIAan suatu ketika nanti.

Seribu dan jutaan terima kasih buat sang teman menemani duka lara hati ini dengan kalam-kalam hikmah yang sungguh tidak terperi harganya. Aku panjatkan doaku selalu untuk mu moga sinar kejayaan dan kebahagian akan menjadi milik mu sentiasa hingga ke syurga, insya Allah..

Tak terlepas dari hati aku sendiri, doa ku untuk berterusan dalam SUNNAH Nabi Mu ya Allah serta cinta dan amalan yang tak jemu-jemu untuk berbakti dan meneruskan urusan DAKWAH ini hingga ke penghujungnya..

Buat yang bakal menemani aku suatu masa nanti, aku mengharapkan engkau bisa berjabat tangan dengan ku untuk sama-sama kita mendaki puncak TAQWA dan memimpin teguh genggaman tangan ku dalam urusan DAKWAH di alam duniawi ini seterusnya menjadi nadi pencetus untuk kita melangkah seiringan menuju ke syurga yang abadi, insyaAllah, amin..

# bukan KOSONG-KOSONG tapi .. saya MAAF kan #

No comments:

Post a Comment